- amalkan meminum air teh 'o' setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi. amalan ini boleh menurun berat badan secara berperingkat....
- untuk melangsingkan badan juga, amalkan mandi sebelum subuh. amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan mampu menguruskan badan. sebab pagi-pagi kan kadar metabolism badan tinggi ,kadar hormon kortisol pon tinggi... that's why lepas bangun dari tidur kita akan rasa segar sangat untuk sesuatu jangka masa... betul x?
- kita juga boleh ikut cara Rasulullah s.a.w dengan meminum segelas air sejuk setiap pagi. hal ini mampu mengelakkan terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri gitu...especially kalau mereka yang hampir melangkah ke gerbang perkahwinan. kenelah jaga seri... (-,-)
- bagi mereka yang ada migrain dan takut berulang sejarah-sejarah migrain, amalkan sesudah solat subuh disunatkan kita bertafakur (sujud selama 5minit). ia mampu menyembuhkan penyakit migrain sebab memperbaiki aliran darah ke otak dan kepala...
- amalkan makan menggunakan tangan. menyuap makanan menggunakan tangan (tanpa sudu atau garpu) mampu menggiatkan proses penghadaman. oh really? sebab dicelah-celah jari jemari yang mulus itu terdapat enzim yang memainkan peranan juga untuk permulaan proses penghadaman makanan.... nyum nyum...
- jaga kulit wajah seringkali dikaitkan dengan pembelian dan penggunaan pelbagai jenis produk. boleh tiada salahnya, tetapi kita juga boleh mengamalkan berwudhu' kerana in mampu menaikkan seri tanpa solekan yang tebal. mudah, cepat dan murah. Ini baru berbaloi-baloi..
- amalkan meminum air masak yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari. minum air mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut.
- elakkan pengambilan kafein yang berlebihan kerana boleh menyebabkan kulit kering..
- walaupun kita bertudung, kita juga perlu menjaga kesihatan rambut. gunakan pelembap rambut yang sesuai.
- seringkali hari-hari kita berdepan dengan tekanan. bijak tangani tekanan adalah penting. gunakan akal dengan baik untuk membuat keputusan dan kurangkan penggunaan emosi. banyakkan beristighfar. hal ini mampu memberikan ketenangan jiwa dan lebih awet muda (sebab kurang marah-marah) dan murah hatilah untuk memaafkan orang lain.
mudah kan? so jom kita amalkan... :)